Tuesday, November 09, 2010

DEMI MASA, manusia selalu terlupa




1 hari=24 jam
Satu TAHUN? = 12 bulan = 52 minggu = 365 hari = 8760 jam = 5256000 minit = 31536000 saat

Distribusi normal meniggal dunia
Kebanyakan manusia meniggal dunia antara usia 60 thn-70 thn(majoriti)
Puratanya manusia meninggal +65thn

"baligh: Permulaan untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Lelaki: +15thn Wanita: +12 thn
Usia yang ada untuk kita beribadah kpd-Nya, purata:
Mati - Baligh = Baki usia : 65 - 15 = 50 tahun
50 thn digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun = 18250 hari = 458000 jam
12 jam siang dan 12 jam malam = 24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasar:

Waktu kita tidur = 8 jam
dalam 50 tahun waktu yg dihabiskan dipakai tidur ialah 17 tahun
Logiknya: Alangkah sygnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya....

Waktu aktiviti kita di siang hari = 12 jam
Selama 50 tahun waktu yg dihabiskn dipakai untuk aktiviti siang hari ialah 25 tahun.

Waktu rehat = 4 jam
Selama 50 tahun waktu yg dipakai untuk rehat ialah 8 tahun.


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila nak beribadah????
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kpdKU".
Memang Benar! Menuntut ilmu itu beribadah, kalau niatnya untuk beribadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari kerja. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar! bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?


Lalu Bila nak beribadah?
Oh! mungkin solat 5 waktu iut dianggap sudah mencukupi! Kerana kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga.
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

Berapa banyak kita solat dalam 50 tahun?
1 solat = +10 minit 5x solat = + 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat ialah 2 tahun..

Kesimpulannya : waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau 10 minit. kalau mcm ayam patu tanah? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita, itupun belum tentu solat kita bermakna pahala dan diterima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun.

Logiknya
bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapat balasan kelalaian. terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.

Penyelesaian
tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!

No comments:

Post a Comment